Sunday, March 11, 2012

5 bulan 6 bulan

Haaaa, ada apa dengan 5 bulan 6 bulan??

Lol sedar tak sedar dah 5 bulan aku jadi tunangan orang, dan lagi 6 bulan aku nak kawen. homaigod. Apa pun tak ready weh..

Semalam Amy & Deyla sleep over (amboi, bukan main kelasss nak sleep over bagai) dekat rumah baru aku. owh lupa nak bagitau yang aku dah pindah rumah. Next entry aku up pasal rumah baru ok? :) Ok macam biasalah kan. girls talk. Masing-masing bebel je keje bila dorg dapat tahu aku apa pun tak buat lagi untuk wedding aku. Especially deyla la kan. Excited lebeyyyy.. hehehe.. Risau gila bila aku baru je tempah baju & video je. Makeup, photographer, pelamin, kad kahwin semua aku tak tempah lagi. hehe

So tadi semalam kitorg decide lah nak g cari doorgift untuk aku. Pagi tadi bangun dalam pukul 10 siap2 kitorg pergi la Wholesale City kat jalan kenanga dengan harapan adalah doorgift yang aku nak. Tapi memang harapanlahkan.


Semua kat sana jual baju je ok...Baju sahaja. Itu lah, aku ni memang cerewet, nak yang lawa tapi murah mana lah nak dapatkan???




Inilah doorgift yang aku nak :)



Punyalah susah nak cari tin nih, tanya kedai dia nak rm10 ok 1 tin, nak suh aku jual bulu gamaknye T___T
Kitorg adakan jalan kenanga dalam 30minit je then kitorg terus pergi IKEA sebab nak beli tilam. hehe I all ada beli lah sikit-sikit barang sebelum nak kawen. Sofa, katil, meja makan, coffee table, tv semua sudah ada. Tinggal fridge je kena beli baru sebab Naqib cakap fridge kat office dia tu besar sangat nanti nak masuk dapur tersangkut. LOL 

Sampai je IKEA memang jammed tak payah citer lah kan, lagi-lagi IKEA tengah sale pulak kan. Parking pun 20minit baru dapat park kereta. aishh. Sampai-sampai je terus serbu cafe dia, lapar weh tak makan satu hari. Sambil makan tunggu dak Atan datang dengan kereta dia nak angkut tilam. Yele, kita kedekut, tak nak keluar duit suh dorg hantarkan. hehehe.. Lepas makan kitorg pun carilah barang yang nak dibeli...



Yang dibeli :)



Inilah tilam yang dibeli. Tapikan, sekarang ni kan, hati berbelah bagi tau. Sebab aku ni ada 1 perangai sebelum beli tak tengok review orang. Lepas beli baru terhegeh-hegeh nak google bagai......

http://ikeareviews.net/2009/sultan-hagavik-spring-mattress/#comments

Tengoklah review dorg. Bila aku cakap dengan Naqib dia cakap "Yeke? Lol" hanging betul aku tau.. huhu.. So bulan depan aku decide nak beli mattress pad pulak. Kasi sedap sikit tidur. hehe..










Kejadian ni paling kelakar ok!!! Sebab aku rushing nak buat facial, deyla & amy terpaksa naik kereta dengan Atan. Tapi seat tak cukup, so deyla terpaksa baring atas tilam tu!! funny gila!!! Dari IKEA ke Setiawangsa. Mesti dia feeling2 fantasy dia! hahahahahha..

Oklah, panjang pulak entry nih!. Banyak lagi sebenarnya aku nak beli. Next month aku nak beli benda alah ni:




Mattress Pad

&


HEMNES Mirror

No comments:

Post a Comment