Sebenarnya nak update pasal trip pergi Bali tapi disebabkan puas ku godek-godek harddisk dan fail-fail lama tapi tak ketemu jugak gambar kat Bali. Tak pelah, lain kali aku curi gambar kat mak aku ok? Hahaha..
Ok, lari tajuk pule. Sebenarnya da tak ingat kronologi/memori kat sana, tapi bila tengok gambar kat sana, mungkin aku ingat kot. ok mari kita mulakan.......
7/12/2008
Kitorg nya flight pukul 5 am kot. Aku memang dari pukul 12malam da siap-siap mandi pastu tidur sebab pukul 3 mesti kena bangun, air sejuk woh kalau mandi pukul 3. hehe. Masa tu naqib dan shah teman pergi KLIA sebab keta tak muat nak sumbat barang 5orang manusia ni. Sampai KLIA dalam pukul 4 kot. Dah check in sesi fotografi adalah sangat penting ye adik-adik. hehe
Aku ni kan jenis naik la apa kenderaan, motor ke, kereta ke, kerete api ke memang aku suka bantai tido. Naik je atas kapalterbang aku pon selimut pastu tido, sedar-sedar dorg kejut breakfast, aku bebai la kan kat bapak aku. dia pilihkan omelet tak silap aku (owh, telur itu nikmat, tak kisah telur apa. hahahahhaktui!) pastu sambung tido. Yela, 6jam babe, kematu bontot gua babe. Lepas makan, tido pastu makan lagi tido lagi dan lagi dan lagi sampai bapak gua hangin sebab dia tak boleh tido! hehe
Lepas 6jam bertungkus lumus aku tido, sampai jugak kat Beijing. Masa tu tourist guide kitorg da tunggu kat luar siap ada papan nama. MR HUSSAIN. LOL. nama tourist guide kitorg IKA. Dia org cina tapi belajar bahasa indonesia. The best part pasal IKA is bila dia tak reti nak explaine dalam Malay/Indo boleh pule dia suh aku translate? Bebulu jugak la aku nak fikir apa dia cuba cakap. Dia ingat aku tau agak nye apa yang dia fikir? huhu lagi satu pasal dia, dia ni kan kalau amik gambar tak penah nak amik center, semua senget. Apa dia ingat otak aku ni senget ke? Argh! tensi mak nak tensi! Next!
Disebabkan kitorg sampai pun da petang tambah sejuk pulak tu memang kebulur je manjang. So dorg ni pon bawak kitrog pegi makan kat satu restaurant cina muslim. Tempat ni memang pusat pelancong islam makan, kat kaunter kedai tu ada banyak duit-duit pelbagai negara. Pelancong yang bagi siap ada signature gitu.
Adik aku yang amik gambar ni
Kalau korg pergi beijing benda paling sedap BUAH BERANGAN ok! Manis, lemak berkrim. Bawak balik sini pon terasa sedap lagi. Pergh, terliur da ni, serius. Lepas makan and beli berangan sikit kitorg pon pegi check in hotel akuponlupeapanamadia kat area town dia. Kat situ sesak gila + ada satu stall jual buah berangan panas orang que panjang gila. Dia ada tunjuk camne dorg proses buah tu. Next entry aku up part 2 pula ok. Kang panjang sangat tak best pulak kan?
Roger and out!!
No comments:
Post a Comment